People Should Be Beautiful In Every Way ~ In Their Faces, In The Way They Dress, In Their Thoughts & most importantly is In Their Innermost Selves

Reaksi Permulaan

1. Pada 1 minggu ke 2 minggu pertama, kulit akan terasa tegang, gatal, pedih , kusam serta diikuti dengan pengelupasan.Waktu ini berlaku, jangan di garu atau digosok dengan kain atau tisu kasar. Cukup hanya dengan menekap-nekap kulit wajah menggunakan kapas muka yang lembut. Ini bagi mengelakkan wajah terluka. Teruskan pemakaian.

2. Minggu ke-3, setelah pengelupasan berlaku secara merata, gatal-gatal yang dialami akan hilang dengan sendiri nya. Pori-pori pada kulit akan kelihatan mengecil serta parut-parut jerawat semakin pudar dan hilang. Tiada jerawat baru muncul. Teruskan pemakaian.

(bagi yang tidak mempunyai masalah jerawat atau lain-lain masalah kulit wajah, wajah anda akan kelihatan bersinar dan cerah berseri pada peringkat minggu ini,kulit sekata serta tidak lagi perlu dicalit sebarang jenis mekap)

3. Pengelupasan yang agak lama akan dirasai disekitar hidung,mulut kerana disekitar itu, terdapatnya liang pori-pori kulit yang agak besar. Jadi pemulihan dan rawatan akan sedikit mengambil masa dikawasan tersebut.

4. Minggu ke 4 dan ke 5, wajah akan kelihatan berubah secara total. Tiada lagi liang pori-pori yang besar, warna pada kulit wajah menjadi semakin sekata. Sinar semulajadi wajah akan turut terpancar tanpa sebarang mekap dikenakan.